Friday, January 21, 2011

Untung sangat ke kenal lelaki yang disebutkan disini?

Untung sangat ke kenal lelaki yang disebutkan disini? Cuba renung kembali...semua kenyataan memang ler bpihak pada pihak lelaki...x dinafikan apa yang dikatakan tentang lelaki dan perempuan disitu benar. Tetapi, tidak ke lelaki-lelaki yang telah menjadi suami perlu lakukan sesuatu untuk berubah? Perlukah hanya perempuan yang mengalah dan melupakan segala masalah yang ditimbulkan pihak suami demi kepentingan perhubungan dan keluarganya? Lelaki juga perlu ingat...bukan hanya mereka ada ego dan harga diri...perempuan juga sama. Cuma, perempuan lebih banyak berfikir panjang apabila berkahwin kerana bagi mereka, itulah sebenarnya tujuan perkahwinan iaitu supaya kekal bersama hingga akhir hayat. Satu perkahwinan juga adalah seharusnya perkongsian fizikal, mental, rohani dan spiritual yang patut dibuat antara suami dan isteri. Bukannya hanya untuk melepaskan nafsu semata-mata...suami perlu tahu, bukan hanya wang ringgit, nafkah zahir&batin sahaja yang perlu dijaga, tetapi juga emosi si isteri. Memang lelaki sukar melafazkan maaf walaupun terang-terangan kesalahan itu dilakukannya...jatuh ke maruah seorg lelaki dengan meminta maaf walaupun dgn isterinya? Mahal sgt ke perkataan maaf tu? Men can forgive and forget, but women can forgive but never forget....Kepercayaan seorang isteri terhadap suaminya diberi 100% sebaik akad dilafazkan. Tetapi sekali kepercayaan itu hilang, tiada apa lagi yang dapat mengembalikan kepercayaan itu apatah lagi jika ditipu, didusta dengan janji manis tetapi masih melakukan kesilapan yang sama...
Aduhai, lelaki....apalah gunanya sebuah perkahwinan jika dihati kalian masih ingin bebas seperti zaman bujang. Melepak dengan kawan2 (kadang2 ditpt yang x mungkin utk mmbawa isteri dan anak2) sehingga terlupa yang kalian ada insan tersayang menanti di rumah. Anak2 menunggu ayah mereka pulang awal untuk bermain bersama, tetapi alasan kerja yg sibuk diberikan. Hujung minggu yang kononnya untuk isteri dan anak2, berlalu tanpa aktiviti riadah bersama yang akhirnya ia hanyalah hari untuk menunjukkan muka dirumah agar tidak dikatakan melupakan keluarga. Adilkah ini??? fikirkanlah...
Wahai suami...jangan ler ambil kesempatan di atas kesabaran dan rasa hormat yang si isteri berikan pada kalian. Cuba fikirkan sebaliknya jika apa yang kalian lakukan di atas dilakukan pula oleh si isteri. Tentu si lelaki ambil kesempatan cari yang lain dengan mengatakan isteri kalian derhaka, tidak bertanggungjawab, dan macam2 lagi kan?? Jadi, tak bersyukur lagi ke wahai lelaki/suami diluar sana mendapat isteri yang cukup penyabar dengan kerenah kalian? Si isteri merajuk, dijadikan alasan menelefon perempuan lain dengan mengatakan tiada siapa mahu melayan kalian. Tetapi jika tiada apa2 berlaku, adakah kalian mengambil inisiatif untuk duduk berbual dan bermesra bersama? Tentu tidak bukan?Fikirkanlah...berapa gelen air mata isteri anda yang telah anda curahkan apabila anda melukakan hati mereka? Tentu x pernah terfikir ataupun malas nak fikir sebab x penting bagi kalian kan? Sebabnya kalian memang pentingkan diri sendiri...! Oleh itu, jangan ler bangga sangat dengan e-mail yang kalian forward kat aku nie...aku bukannya perempuan zaman mak bapak atau tok nenek korang kat kampung yang hanya merenung nasib yang menimpa di atas kelakuan si suami. Aku ada pelajaran dan akal fikiran yang tak kurang ceteknya daripada korang yang boleh diperkotakkatikkan macam sesetengah perempuan di luar sana....sekian.

Tuesday, January 4, 2011

Warkah Terakhir Untuk Sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, [B]UKHUWAH[/B] atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...