Thursday, August 13, 2009

Imperialisma...

nie lagi satu utk tatapan kengkwan dan diri aku seniri....aku amik dr blog pak isham gak....dier kater utk kebaikan ..buleh kopi...tp kalu utk syok seniri...buleh teh la..hahaha....


APA ITU IMPERIALISMAI
mperialisma ialah pencapaian akhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Imperialisma adalah tahap dimana modal yang dilabur telah sampai ke kemuncak. Era kita pada kita ini adalah era imperialisma. Ciri akhir imperialisma ialah wujudnya empire. Dalam sejarah tamadun manusia banyak Empire telah di didirikan. Empire Iskandar Zulkarnain dari Mercedonia hingga ke India. Kaput. Empire Rom – hampir seluruh tanah dipersisiran Laut Tengah, tanah besar Eropah hingga ke Britain akhirnya kaput juga. Empire Napolean – menjajah Eropah – akhirnya kaput. Empire Ottoman, Empire Mongol – semuanya masuk kain kapan. Portugis, Sepanyol dan Belanda juga pernah memiliki empire. Empire Jepun juga kaput. Semuanya runtuhHari ini warga dunia anak semua bangsa sedang berhadapan Empire Global Amerika Syarikat.Empire muncul hasil dari perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya kaum pemodal hanya melabur di tanah asal negara masing-masing. Mereka menggunakan bahan tempatan. Menggunakan tenaga buruh tempatan. Berjual beli untuk warga tempatan. Dasar sistem kapitalis - beli murah, upah murah dan jual mahal – menjadikan kaum pemodal dapat mengumpul keuntungan bertimbun tambah.Dalam hukum ekonomi kapitalis - keuntungan yang dikumpul ini wajib berkembang dan dikembangkan – jika tidak sistem kapitalisma akan mati. Justeru kaum pemodal memerlukan bahan-bahan mentah baru. Memerlukan tenaga buruh yang lebih banyak. Kaum pemodal memerlukan kawasan pemasaran yang lebih luas untuk mendapat bahan mentah dan warga untuk menjadi tukang beli.Maka kapitalisma membuka era zaman penjajahan/kolonialisma – zaman mencari tanah jajahan. Dalam era kolonialisma – mencari tanah jajahan – kita melihat empire British, empire Sepanyol, empire Belanda dan Portugal berebut-rebut mencari tanah jajahan. Afrika, Amerika Latin dan Asia ditibai, dipecah dan ditaklok.Tanah jajahan diperlukan untuk mengaut hasil bumi – bahan galian, kayu kayan dan hasil pertanian. Kita bertemu dengan British East India Company dan Dutch East India Company yang menjarah kepulauan Melayu untuk mengkayakan Britain dan Belanda.Cara menjalankan dasar penjajahan cukup senang. Gaduhan antara satu bangsa dengan yang lain. Sokong satu dan tibai yang lain. Gaduhkan Acheh dengan Melaka. Gaduhkan Melaka dengan Pasai. Di Perak - sokong Sultan Abdullah dan jatuhkan Sultan Ismail. Beri mereka senjata biar mereka bergaduh. Naikkan Sultan Abdullah tetapi buangkan Sultan ini ke lautan Hindi apabila baginda berani melawan.Bawa masuk China dan India ke Tanah Melayu. Sokong satu bangsa dan tibai yang lain. Kemudian pecahkan negara itu. Satu untuk British dan satu untuk Belanda. Satu jadi Indonesia dan satu Malaysia. Pecahkan lagi Malaysia – munculkan Singapura. Di India - British memecahkan Bharat dengan Pakistan tetapi sengaja meninggalkan Khasmir untuk memastikan India dan Pakistan akan terus bermusuh. Kemudian pecahkan lagi Pakistan – munculkan Bangladesh. Vietnam dan Korea jadikan dua – satu Utara dan satu Selatan. Tibai yang Utara dan beri senjata pada yang Selatan.Di negara Arab gunakan taktik yang sama. Pecah-pecahkan negara Arab- disetiap batang pokok kurma wujudkan seorang Emir, Al-Malik atau Sultan. Kemudian rampas bumi Palestin dan wujudkan Israel. Jadikan Israel pengkalan tentera yang terkuat – dengan tujuan untuk memastikan negara Arab yang telah dipecah-pecah akan terus bergaduh. Tidak cukup dengan ini gaduhkan Sunni dengan Shia.Untuk memastikan tanah jajahan dapat dikawal wujudkan barua-barua yang setia. Nobatkan mereka dengan gelaran Sir atau kahwinkan mereka dengan perempuan lacur Mat Saleh. Jadikan pemimpin berkulit hitam ini King Kong. Temberangkan jantan-jantan hitam ini dengan mitos - jika mereka ada ‘mem’ berkulit puteh maka mereka ada kelas. Jantan dari Asia dan Afrika akan terjelir lidah apabila melihat perempuan Mat Saleh terkangkang. Kalau tidak - jual candu – jadikan Sultan Husin seorang pemadat dan ambil Singapura.Cukup enteng taktik dan perancangan kuasa imperial ini untuk difahami. Hanya yang buta sejarah dan susuk yang malas membaca dan malas berfikir sahaja yang tidak tahu fakta ini. Atau mereka yang telah dibebal dan dibonsaikan fikrah dengan Kancil dan Kenari yang tidak memgetahui hal ini.Hari ini taktik dan mondus operandi yang sama sedang dijalankan oleh Empire Global Amerika Syarikat. Cuma dengan perkembangan tamadun manusia ada sadikit perubahan – bukan perubahan zat tetapi perubahan kulit. Hakikat, niat dan cita-cita imperialisma – dari zaman Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Barack Obama adalah sama – untuk menjarah harta kekayaan dunia. Kalau di zaman empire Rom – dari Baitulmukadis hingga ke Lodonian diwujudkan pengkalan tentera. Kalau di zaman empire British dari Terusan Suez hingga ke New Zealand pos-pos soldadu telah didirikan. Hari ini wujud 737 pengkalan tentera empire Amerika diserata pelusuk dunia. Amerika sedang menempatkan soldadunya di 153 buah negara dalam dunia ini. Dunia ini memiliki 192 buah negara. Ertinya hampir 70% negara dalam dunia ini ada pos soldadu Amerika. Pengkalan tentera ini dijagai oleh 2 juta 500 ribu bala tentera dari pelbagai bentuk ketumbukan – darat, laut, udara dan cekrawala. Semuanya untuk memastikan kaum pemodal kapitalis akan dapat membuat keuntungan. Untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis selamat dari didobrak rakyat dunia.Dengan perubahan politik – diera pasca perang dunia ke dua – maka pengkalan tentera wajib didirikan melalui perjanjian. Justeru Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain membuat penjanjian terbuka – Five Power Defence Arrangement. Britain pula terikat dengan perjajian-perjanjian lain seperti dengan Amerika dan dengan North Amerika Treaty Organisation( Nato). Semua perjanjian pertahanan ini ikat mengikat. Dalam masa yang sama warga tidak tahu apa lagi pejanjian-perjanjian ‘gelap’ yang telah ditanda tangani antara barua-barua tempatan dengan kuasa imperial. Seperti di zaman Rom – bala tentera ini siap siaga untuk menumpaskan apa sahaja bentuk pemberontakan – sama ada warga Yahudi di Baitumukkadis di zaman Isa dari Nazareth atau warga Arab di Jordan dan Syria. Senjata dan perang adalah taktik dan strategi yang digunakan oleh kuasa imperialisma untuk memastikan mereka akan terus dapat membolot harta kekayaan dalam dunia ini.Perang adalah salah satu dari watak kapitalisma. Selagi kapitalisma wujud selagi itu perang akan wujud. Jangan berangan-angan mengangat-angat jari dan melaungkan ‘peace now’. Damai tidak mungkin wujud dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Perang adalah sebahagian dari syarat yang menghidupkan kapitalisma. Kapitalisma memerlukan perang seperti manusia memerlukan oksigen. Perang dan kapitalisma macam taik dengan lalat.Dengan harta kekayaan yang terkumpul – imperialisma yang mewakili kaum pemodal antrabangsa - pada ketika ini sedang merancang untuk mewujudkan apa yang dipanggil New World Order – Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru ini akan dikepalai oleh Amerika Syarikat. Rancangan-rancangan telah dan sedang diatur untuk mewujudkan Satu Kerajaan Dunia – The American Global Empire. Telah diwujudkan lembaga-lembaga yang akan memaksa semua negara tunduk dibawah peraturan lembaga-lembaga ini. Bank Dunia, IMF, World Trade Organisation bertugas untuk mengendalikan ekonomi. Pertubuhan PPB untuk dijadikan rujukan perundangan dunia. Mahkamah Dunia sebagai badan kehakiman. Bala tentera Anglo-Amerika akan menjadi penguatkuasa – seperti yang telah berlaku di Kosovo dan sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan.Dibawah empire Amerika semua negara-negara akan tunduk menyembah dan membayar ufti. Sesiapa yang engkar akan diserang. Semenjak selesai Perang Dunia ke Dua tentera Amerika telah menyerang - Iraq, Iran, Afghanistan, Lebanon, Philipina, Liberia, Yugoslavia, Somalia, Korea, Panama, Cuba, Grenada dan Libya. Ini serangan terbuka dan belum diambil kira serangan proksi yang dilakukan dengan menggunakan barua tempatan seperti di Nicaragua.Negara kita juga tidak akan terlepas dari cengkaman Empire Global Amerika. Amerika telah memberi tekanan untuk membuka pasaran – liberalisasi – dalaman negara kita. Free Trade Agreement adalah perjanjian berat sebelah untuk menekan negara-negara dunia ketiga. Tujuan FTA ini ialah untuk membolehkan syarikat gergasi dunia membeli/memiliki air, api, talipon, hospital, bank, beras, tanah, minyak dan apa sahaja harta kita untuk menjadi harta mereka. FTA mengajukan pengswataan. Mahathir Muhamad hanya mengikut telunjuk dan menjalankan dasar penswastaan dalam negara kita.Empire Global Amerika amat suka kepada pemimpin dunia ketiga yang memiliki banyak masalaah dan banyak skandal. Lagi banyak rasuah, lagi banyak skandal, lagi zalim terhadap rakyat - lagi kuat sokongan Amerika. Malah jika pemimpin itu terlibat dalam kes bunuh membunuh – si pemimpin ini amat-amat disayangi oleh Amerika. Pemimpin dunia ketiga seperti ini amat senang disuruh arah dan akan mengikut telunjuk kaum pemodal Anglo-Amerika. Untuk sebuah empire bernafas ianya memerlukan sebab dan musabab. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Pada awalnya empire telah menjajakan hujah bahawa mereka datang untuk mentamadunkan orang berkulit hitam. Mereka datang untuk melawan kejahilan yang dianggap musuh. Maka kaum pemodal datang ke Amerika Latin, Afrika dan Melaka dengan kitab Injil dan Padri. Tujuan sebenar untuk merembat harta kekayaan.Bila kitab Injil tidak laku lagi maka kaum pemodal membuat helah baru. Kali ini mereka datang untuk membawa kebebasan dan demokrasi. Kali ini musuh yang hendak dilawan ialah anak negeri tanah jajahan yang bangun melawan mereka. Anak tanah jajahan yang nasionalis, yang sosialis dan yang komunis – yang berani mengangkat senjata melawan kuasa kaum pemodal dicap sebagai musuh kepada demokrasi.Hari ini Empire Global Amerika - telah menggunakan 9/11 ini sebagai satu hujah untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika bahawa musuh dunia hari ini ialah keganasan. Ledakan bangunan World Trade Center itu dilakukan oleh ‘orang dalam’ bertujuan untuk mengolah persetujuan agar musuh yang halimunan ini diyakini kewujudannya.Semua ini bohong. Tujuan empire dari zaman Iskandar Zulkarnain masih tidak berubah – untuk menjarah harta kekayaan dunia ini.Warga seluruh dunia – anak semua bangsa - hari ini kita semua sedang berhadapan dengan kuasa empire yang licik, ganas dan memiliki kekuatan bala tentera yang maha hebat. Tetapi sejarah juga telah menunjukkan kuasa empire ini hanyalah harimau kertas. Bala tentera empire yang melintasi lima benua telah mula menjadi gergasi berkaki kaca. Amerika telah pernah dikalahkan di Vietnam pada tahun 1975. Amerika sedang terasak tenat di Iraq dan Afghanistan. Pertempuran terus berlaku dimerata pelusuk dalam dunia. Walau bagaimana besar sekali pun kekuatan bala tentera Amerika – tidak mungkin dapat mengawal jika seluruh rakyat dunia bangun melawan.Di Amerika Latin warga telah mula bangun dan menghumbankan barua dan tali barut tempatan yang bersekongkol dengan kauam kapitalis antarabangsa. Banyak negara di Amerika Latin telah berjaya mendirikan kerajaan yang bertuankan rakyatKita di Malaysia wajib sama serirama dengan warga dunia untuk menghumbankan parti-parti politik yang selama ini menjadi barua kaum pemodal Anglo-Amerika. Parti-parti politik ternakan kuasa imperial ini sedang menggunakan taktik pecah dan perintah. Elit politik yang di pilihara dari zaman British dahulu sedang mengadu dumba – China lawan Melayu – Bumiputera dengan yang bukan Bumiputera. Elit politik ini secara sedar – untuk terus berkuasa – sedang cuba menimbulkan perselisehan antara Melayu dengan Cina – atas nama Islam. Ini samalah seperti taktik yang digunakan oleh Amerika di Iraq – gaduhkan Sunni dengan Shia. Pasti ada warga kita yang akan terperangkap. Pasti ada yang akan terpengaruh.Seperti taktik empire – menimbulkan pergaduhan adalah cara untuk mengolah persetujuan orang ramai. Apabila warga bergaduh sesama sendiri maka tidak akan dapat terwujud satu barisan yang kompak bersetiakawan untuk menjatuhkan elit politik yang diternak oleh kuasa imperila Anglo-Amerika.Jika kita semua tahu taktik dan strateji Empire Global Amerika pasti kita tidak akan membenarkan diri kita terus dijajah. Warga yang cerdik, yang berilmu dan memiliki keupayaan fikrah akan menjadi susuk yang bebas yang dapat memahami apa kapitalisma dan apa imperialisma. Justeru, tugas susuk yang bebas merdeka ialah bangun membawa pencerahan. Hanya dengan pencerahan baru projek membodoh warga dapat digagalkan.Susuk yang bebas merdeka akan juga mengagalkan projek Tata Dunia Baru dan meruntuhkan Empire Global Amerika. (TT)

Satu Lintasan...

first sekali terima kasih pada pak hisham sbb bg ciplak karya dr blog dier utk tujuan kebaikkan..hahahah...mekasey bro....
nie adalah nukilan dier...aku cuma nak share jer...sbb tak semua org tau...kalo nak tau betui kebenaran..kena rajin buat research skit....

KALAU DIA BOLEH DEPA LAGI BOLEH
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub. Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua ini?Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja. Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial- Melahir kan musuh sebagai strateji politikDari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :1 – mengurangkan penduduk dunia2 – menjual ubatanTidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Anak-anak orang kaya pergi ke Havard dan Yale. Mereka berakhir membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.

TTNota : Sebaik sahaja tulisan ini siap angka kematian telah bertambah dari 26 ke 32 - jam 3.20 petang 10 Ogos 2009.

Nota : Tulisan ini boleh diciplak demi membuat kebaikan


p/s: maas aku ciplak nie..kematian dah 48 org..

Thursday, August 6, 2009

Kurang...pasti naik....

aku bujang lagi...aku tak pergi pasaraya..atau pasar utk cr atau beli gula...dan aku tak amik port pasai citer gula nie...
cuma aku akan terambil port citer gula nie..biler time raya...bukan raya cina..bukan raya india....bukan raya iban..bukan raya sewang..bukan raya gawai....tp raya melayu...lebih sedap..idul fitri.....

mungkin sbb gula byk dipakai oleh org melayu...sampai bertan2 utk buat baulu...utk buat semprit..tu yg gula kurang...dan harga akan mahal....

tetapi time raya lain takder lak kisah gula kurang...nie baru gula..belum citer daging ngan ayam....org kaya gula robert kuok...tp..still mesia kurang gula...ermmm..konfius kan...mungkin kerajaan nak kurang penyakit kencing manis khas utk org melayu kut..tak pun ..org melayu kena kencing dgn melayu balik...sbb melayu yg bagi lesen gula..tuk org len jd pembekal...

tak terpikir ker org besar tu...tiap kali raya poser jer..gula ayam akan jd isu...tak kesian ker...aperla salah..gomen jer jd pembekal utk kawal gula...biler gula takder...salah kan kononnyer org belah tumpat .pengkalan kubor tu..seludup gula....ala baper sgt ler...derang mampu pikul...compare yg men sorok2 nie...tau ler...budak melayu dulu..masa kecik2 bulan poser suka main nyorok....jgn ler biler besar...brg keperluan harian pulak men sorok2....kesian ler....

ni belum citer pasai tambang pengangkutan awam yg akan naik 1 september..bulan poser tu...dan saper yg nak balik raya naik bas..org melayukan..saper yg kena kencing lagi..semua rakyat ler..yg nak balik kg..tak kire ler apa kaum pun....tu belum jamin lagi...bas yg dinaik tu..tak terjun gaung..tak cium divider....tak peluk longkang...

kater nak naik taraf pengangkutan awam....saper yg naik komuter tau ler betapa seksanyer...dr komuter diwujudkan sampai ler skrng nie...ttp 3 gerabak..tak kira la..ari ahad ker..isnin ker...sama 3....aper derang pedulik....korang nak g keje..naik gak ler...aper pilihan yg ader...
bas...hehehe...takyah ler...teksi..ermmm...sian ngan oprg teksi..tersepit....suh buat meter..tmpt nyer utk pasang meter tu satu...dah la ujung banat....bersesak2...sewa 40 ker 60 hengget sehari..kena gak settle....tu la natijahnyer..pembangunan yg dah tua..50 thn...kena bg maajun salasa la...baru betui tu...

renung2kanla..heheheheh

Racist.......

Racict......dlm melayu nyer..pemahaman aku ler...perkauman...in term duk kat mesia nie..mmg words nie cam trauma..cam jd fobia utk dibicarakan...
mungkin sbb kita idup di mesia nie penuh dgn pelabagai budaya, adat, bangsa dan agama..

aper yg terlintas dlm kepala aku nie dlm 2 minggu lepas...ader 3 berita menarik yg menyentuh satu kaum nie..aku tak mau panggil bangsa..sbb skrng nie dah ada bangsa baru...iaitu bangsa Malaysia..yg menggunakan berbagai bahasa sebagai perantaraannyer..ehehhe....takder kat tmpt lain woooo...

back to terlintas dlm fikiran aku, berita dlm paaper tu menyentuh pasal kotor kat area tmn muda...saper tau kawasan tu..mesti tau..mmg kotor...sbb penduduk di situ yg majoriti kotor....

aku dibesarkan dulu kat kuartes kerajaan yg majoritinyer melayu dan india....tp....mmg semua tau...pengotor...so kesedaran sivik kurang...kalo semua ikut pegangan agama masing2..aku rasa takder masalah kotor nie..sbb takder agama kat dunia nie yg suruh penganut nyer jd pengotor...

Wednesday, August 5, 2009

terlintas...

terlintas.....aper yg terlintas....mungkin ader yg igt lintasan...tu words yg selalu ada masa zaman tok nenek kiter mandi safar....skrng dah kurang digunakan..malah dah takder rasernya kalu digunakan utk generasi baru skrg yg lebih kenal shuffle...

aku bukan nak cerita pasai lintasan tapi maksud terlintas...kena dgn tajuk blog aku..TERLINTAS...maksud aku yg terlintas..apa yg terlintas pada pemikiran aku sejak semenjak dah jd warganegara sepenuhnya kat negara ini....

apa yg terlintas dlm fikiran aku ketika membaca..melihat..mendengar...berfikir...semua topik akan ku lintas kat dlm blog terlintas nie...